Friday, November 11, 2011

Jom Solat....


Assalamualaikum…



Jom Solat…tu ajakkan aku kat member satu umah tuk pegi masjid, solat jumaat..

Kali nie nk cite pasal cara-cara orang kat sini melaksanakan kewajiban seorang muslim kat Al-Khartoum nie. Okay dekat sini apa yang membanggakan aku adalah bilangan Masjid kat Al-Khartoum nie, boleh dikatakan (apa yang aku nampak) setiap 500 meter persegi mesti ada sebuah masjid. Bayangkanlah berapa banyak yer masjid yang ada kat Khartoum City nie, tak terkira la kan…(kat sini pun penduduk dier lebih 5 juta orang).

Nie Masjid yang aku selalu pegi solat Jumaat.


Apa yang menariknya kat sini, pada hari Jumaat umat muslim (lelaki) akan pergi ke Masjid untuk solat Jumaat kan, kat sini setiap masjid berbeza waktu solat Jumaat, (pelik kan) ini bergantung kepada berapa panjang dan lamanya penyampaian sesuatu khutbah Jumaat dekat sesebuah masjid tu. Berbeza dengan Malaysia, kalau beza pun mungkin disebabkan jarak dan hanya beberapa minit je beza. Tapi kat sini ada yang sampai 2jam perbezaan solat yer. Padahal jarak masjid tak sampai 1km.

Kekadang bagus jugak untuk orang-orang yang baru sampai kat Negara ini, sampai dah pukul 2ptg, jangan risau..masih sempat tuk menunaikan solat Jumaat (kita buat pun 4 kali seminggu kan). Bagus jugak tuk orang-orang yang terlajak tido..bangun2 dah tengahari kan..so buat rileks je, siap-siap, pastu kuar umah pasang telingga, dengar kat mana ada lagi khutbah, pastu terus je pegi.

Duk kat sini, memang totally dorang gunakan bahasa arab, so kita pun dengar jelah khutbah tu, (layann) tapi semenjak aku duk sini, rasa sangat bagus khutbah kat sini, walaupun tak berapa nak boleh paham (sebab kekadang laju sangat) tapi aku dapat rasakan penyampaiannya yang begitu bersemangat TANPA mengunakan teks atau rujukan. Berbeza dengan Malaysia yang wajib mengunakan rujukan yang datangnya dari pihak yang berkenaan. Sebab tu duk dengar kat Malaysia, kepala duk melayang ke laen je aka mengantuk.

Kat sini takde @ jarang aku tengok ada tabung yang berjalan/ditolak ketika kita duk sedap layan khutbah, tapi kat sini ada fakir-fakir miskin yang akan menunggu kita dekat pintu keluar masjid, so sape-sape yang nak beri sedekah tu mase nak kuar nanti la boleh buat.


berjalan pulang selepas menunaikan solat jumaat.

 Satu lagi yang bagus yer kat sini, bab azan..aku maksudkan azan subuh…kat sini, setiap masjid akan melaungkan suara azan subuh pukul 4.30pagi, mase mula-mula datang sini pastu kene keje malam aku terkejut dengar azan pukul 4.30pagi, igat dorang salah tengok jam (macam pernah terjadi kat masjid rumah aku) tapi rupa-rupanya suara azan itu tuk mengejutkan orang islam bersiap tuk ke masjid atau peringatan kepada yang bersahur yang solat subuh/waktu imsak dah tinggal/akan masuk lagi sejam. (bagus yer kalau Malaysia pun camgini sebab yer dalam azan subuh pun bermaksud suruh orang bangun kan).

selepas subuh


Alhamdulilah, aku pun pernah rasa berpose dan menunaikan solat terawih dekat sini dan juga aku tertarik dengan solat terawih di sini, macam jugak di Malaysia, dorang akan khatamkan Al-Quran dalam solat terawih selama sebulan tu, tapi yang menariknya kat sini. Imam yang membaca surah-surah ketika solat tu, dorang baca sampai menangis teresak-esak, termasuklah makmum-makmum yer, macam aku nie, kurang pandai maksud bahasa arab, taklah sampai nak nanges, tapi dorang Masyallah, memang akan terasa betapa takutnya dorang dengan azab Allah menerusi ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Lepas je solat aku balek, bukak terjemaahan Al-Quran tuk surah yang dibaca malam yang aku solat tu, surah tu berkenaan seksa ketika di akhirat nanti, aku terpikir jika kita paham/ayat tu dalam bahasa melayu tentu ramai (orang-orang Malaysia) turut menanges jugak sebab takutnya pada azab Allah SWT.

Ini sekadar penkongsian aku yang berada di sini. Yang baek kita kongsi sesame dan yang buruk kita tinggal/jauhkan. Insyallah. Apa-apa pun Malaysia tetap tanah tumpahnya darahku.

No comments:

Post a Comment