Thursday, July 19, 2012

Ramadhan di Perantauan.

السَّلاَمُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُه

Alhamdulilah...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur dengan limpah kurnianya masih diberi kesihatan yang baik bagi menjalani kehidupan di dunia ciptanNYA ini.

Pejam celik, pejam celik...esok dah masuk bulan Ramadhan. Syukur dipertemukan bulan yang mulia ini sekali lagi. Dan sekali lagi aku berpuasa di bumi Sudan ini, di kejauhan aku diperantauan meninggalkan keluarga untuk kerjaya. hahaha...sedih la konon...


Okaylah, malas nak merepek banyak sangat la...untuk pengetahuan yang membaca blog ini, kat sini mula berpuasa awal sehari daripada Malaysia. Jadi bermakna kami kat sini akan mula berpuasa esok (Jumaat 19/7/2012) dan di Malaysia bermula Sabtu 20/7/2012.

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam dan sama-samalah kita mengerjakan segala kebaikan yang seMaksimum yang boleh di dalam bulan yang mulia ini :))

Siang tadi aku terpikir sejenak berkenaan permulaan berpuasa yang berbeza antara Malaysia dan negara-negara Arab ini. Persoalan aku kepada seorang teman aku di sini, beliau juga seorang penuntut salah sebuah universiti di sini berkenaan jumlah hari berpuasa bagi seorang yang pada mulanya berpuasa di tanah Arab dan kembali ke tanah air Malaysia sebagai contoh yang mana memulakan puasa lewat sehari dari sini.

Beliau yang jugak menuntut dalam jurusan perundangan islam, menyatakan bahawa sememangnya jika di kira, akan terlebih satu hari jika kita pulang ke tanah air untuk sambung berpuasa dan terus menyambut Aidilfitri. Di sini beliau menyarankan untuk berbuka dari salah satu hari itu kerana jika kita terus berpuasa akan berlebih satu hari. Dalam islam berpuasa di dalam bulan Ramadhan tidak boleh lebih dari 30 hari atau kurang.

Samada kita mencari satu hari itu di pengakhiran Ramadhan atau yang lebih elok adalah ketika kita bermusafir. Sememangnya kita akan bermusafir ketika perjalanan pulang ke tanah air kan. So berbuka ketika bermusafir adalah salah satu sunnah nabi. Pahala pun dapat dan puasa itu tak perlu digantikan. Waallahualam.




P/s : Hanya menyampaikan pendapat dan perbincangan sahaja. Semoga kita mendapat keberkatan di dalam bulan Ramadhan 1433H. Aminnn.