Monday, May 28, 2012

Pyramid of Meroe, Kabushiya, Shendi.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Just nak update pasal aku punye cite dari Khartoum ke Atbara, 20 May 2012 sampai 24 May 2012 aku dan team aku kene pergi ke Atbara untuk urusan kerja. Atbara adalah salah satu bandar besar yang terdapat kat negara Sudan nie. Perjalanan menaiki kenderaan dari Khartoum mengambil masa hampir 6 jam, sebenarnya kalau nak cepat naek kapal terbang pun boleh, tapi aku kene bawak banyak jugak barang kerja sekali, so naek pacuan empat roda la.

Bukan bandar Atbara yang aku nak cite pun kat sini, aku nak cite pasal keunikkan perjalanan ke Atbara nie. Hampir 4 jam lebih perjalanan dari Khartoum aku terserempak dan ternampak kiri dan kanan jalan ada Pyramid. Pyramid yang aku nampak nie taklah besar mane pun tapi memang pyramid la. So kitaorg pun singgah la pegi tengok pyramid nie dari dekat.

Okay, name tempat nie, Pyramid of Meroe kat Kabushiya, Shendi. Shendi nie macam pekan kecil la. Kalau tak silap aku, Shendi nie tempat lahir Presiden negara nie. Rupa-rupanya tempat nie memang dijaga rapi, boleh nampak Pyramid yg ade kat sini cantek je walaupun ade kesan-kesan runtuhan pada sesetengah pyramid yang masih tinggal.

Kawasan ini dipagar, so nak masuk kena bayar la beb, 20 paun SDG bayaran setiap seorang pengunjung yang nak masuk, nak tgk dari luar pun boleh tapi alang-lang dah sampai jauh-jauh kan...masuk la, boleh bergambor sekali...kikiki. Lepas je bayar, kita akan berjalan ke pyramid tu..tapi ada jugak unta kat sini, kita ada pilihan samada nak naek unta ke pyramid tu atau nak jalan kaki. Kalau nak naek unta bayaran 20 paun SDG setiap seorang. Aku pun taknak lepaskan peluang untuk pertama kalinya menaiki unta. Perghhhh...1st time, best-best...hihihi.

Nielah photo-photo yang sempat aku ambek masa kat situ, dengan suhu memang tersangat la panas yer...tapi layannn...nak sangat tengok pyramid...hehehe...sapa-sapa yang datang negara nie, jangan lepaskan peluang datang ke sini...bukan Egypt je ada pyramid Sudan pun ada, malah ada orang cakap pyramid kat sini dibina dahulu sebelum kat Egypt tu (tak tahu betul ke tak la)....


Pintu Masuk

 
1st Time Naek

Macam Pelik Je Member Aku Duk Belakng Tu..hihihi

Bersama Azrul, dia orang pun orang Pahang.


Salah satu pyramid yang masih elok.

Aku kat dalam pyramid, sejukkk (sampai nak terlelap) kikiki...
sebab pyramid nie dorang buat ngan tanah liat.

kat dinding dalam pyramid nie, ade lukisan dan tulisan.


ade lukisan muka orang pun ada.


tulisan dan lukisan lagi.

sebahagian pyramid yang runtuh


:)


Pyramid yang dibina semula



Sebahagian pyramid yang telah dibaik pulih


Panasssss beb....padang pasir.


Nak balek dah...


Bersama Aim ngan pemilik unta yang ktorg naek.


Barang jualan


Sebahagian lagi barang jualan



P/s : Nielah dinamakan Jauh Perjalanan, Luas Permandangan :)

Tuesday, May 1, 2012

From Khartoum to Kassala.

Assalamualaikum...

30hb April 2012 dah, hadoiii...lame yer tak update blog nie...sememang yer aku tersangat sibuk dengan kerja aku kat sini. Phase 17 project dah mula, jadi bermulalah ronda-ronda negara Sudan nie. Kassala adalah nama bandar yang aku telah pegi pada awal bulan April aritu, kalau tengok kat peta dah dekat ngan Laut Merah dan bersempadan dengan negara Eritrea.

Dari Khartoum aku menaiki pacuan 4 roda yang mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan. Perghhh..memang tak hingat la sakit badan yer. Memang kalau ikutkan jalan dier lurus...mak aiiii...lurus betul sebab padang pasir kan..tapi melompat-lompat la duk dalam kete tu...hahaha...

Otw ke Kassala ada ladang gandum...luas yang amat..

Hah, tengok jalan dier...terbaek...lurus...kannnn..

Aku duk sana cukup dua minggu, dan banyak tempat yang aku pegi...dalam buat keje tu..dapat tengok orang-orang dier...dorang nie kekadang sakit gak hati aku, sebab panggil aku Sadigar @ Sinn..maksud yer orang cine..geram je dorang nie..pas bagi salam baru lah dorang tau kita nie muslim...hadoiii..

Nasib baik name aku pun ade berunsurkan islamik so dorang suke lah...hihihi...pastu banyak pulak cakap, ajak borak la pulak...nak tau Malaysia macam mane la apa la...layan jelah...Tapi dorang sangat menghormati tetamu...aku pegi minum rumah pemandu aku, memandangkan dier ade keluarga kat Kassala, dapatlah pegi lepak rumah dorang...memang layanan terbaek...

Bandar Kassala aka negeri la...besar jugak, trademark dier ada pada duet kertas 10SDG dorang iaitu Bukit Batu...kat sini panggil Jabal. Kat Kassala tak panas berbanding Khartoum kire okay la. Tapi kalau kete takde aircond, perghhh...same je...kikiki..

Kat bawah nie aku letak photo-photo yang sempat aku ambek mase kat sana. Mane lah tau ade yang nak pegi sini atau TERsampai kat bumi Sudan nie..tau la sini Kassala ;)

selamat datang ke Kassala
Jabal Mareb

Bukit Batu kat Kassala

Tanah Gersang di Kassala

Salah satu site yang aku pegi

Site outdoor di Kassala 13

 
P/s : Next town, go to Nyala...nanti aku cite pasal kat bandar Nyala pulak :)