Sunday, November 13, 2011

Kejujuran....

Assalamualaikum...

Hari nie aku rasa lutut aku sudah berasa laen mcm, sakitttt..mula terasa bila aku memanjat tangga bangunan-bangunan dekat sini yang tiada khidmat lif disediakan. Nielah penanggan bermaen futsal tempoh ari. Malam jumaat aritu aku takde benda nak buat, lagi pun duk umah sesorang, mmber satu umah kuar bermaen futsal, so dengan tidak memikirkan lutut ku ini, aku join jugak (lutut dah kondem sebab futsal jugak). Nah nielah ganjaran yer. Sedapkan memalam tak leh tido sebab kat tempat tu berdenyut-berdenyut. Memang padan muka aku.



Bukan pasal lutut yang aku nak citekan pun, tu cume intro je, hahahaha (gelak jahat). Tu dier tajuknya, kejujuran..mudah je sebutkan, budak baru abes tadika pun boleh sebut, tapi hakikatnya memang sukar untuk kita melakukannya. Aku akui yang aku juga pun sukar untuk itu.

Tidakkah kita terpikir dengan hanya satu kejujuran, terdapat banyak kesinambungan yang terjalin dengan sikap itu. Sikap ini selalu yer bersangkutan dengan satu-satu perhubungan. Kejujuran ini sebenarnya datang dari hati, jika kita yakin dan pasti pada sesuatu, kejujuran itu akan menebal dalam diri.

Kenapa aku sibuk nak cite pasal kejujuran nie. Sebab yer, kejujuran adalah satu sikap yang berangkai, jika kita mengambil sambil lewa dengannya.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah, jika tiada kejujuran dalam satu-satu perhubungan. Perhubungan itu penuh dengan sifat prasangka yang datangnya dari tiada kejujuran tadi.

Mengapa begitu!
Ini adalah kerana tiada kejujuran akan terhasilnya satu perasaan untuk menutupi sikap ketidakjujuran itu. Contohnya, terpaksa berbohong atas sebab sesuatu yang dilakukan tidak disukai atau disenangi oleh pihak satu lagi.

Adakah ini perlu?
Tidak, sama sekali tidak. Sebabnya dengan tindakan tersebut menambahkan prasangka yang lebih hebat jika tindakan tersebut diketahui oleh pasangan satu lagi.

Persoalannya, mengapa perlu berbuat begitu?
Ya, bagi mereka bagi menjaga hati pihak tertentu, tapi adakah kita sedari yang tindakan kita buat itu tidak selalu yer menjadi atau dengan kata lain menambah risiko jika objektif utama itu tidak sampai.

Sukarkah bersikap jujur?
Sukar nak jawabkan, sebab yer satu soalan yang dilihat begitu terbuka. Lalu kita terus menilai diri kita secara automatik, mengenangkan kisah lalu, dimana kita berlaku jujurkah dengan setiap apa yang kita lakukan.

Benar...terlalu sukar bukan, namun kita perlu belajar untuk berubah ke arah tersebut, kerana kejujuran amatlah penting dalam setiap apa yang kita lakukan sehari-hari.

Ketika sedang belajar, sedang bekerja mahupun sedang menghadap Tuhan Yang Maha Agung.

Sedarilah dan akuilah kita bahawa jika orang tidak jujur dengan kita, dengan secara langsung kita akan berprasangka kepada orang tersebut.

Bayangkan jika Tuhan Yang Maha Agung juga begitu, sukarlah kita menempuh sisa-sisa hidup ini tanpa redhaNYA.

Seharusnya kita belajar dengan apa yang berada didepan mata kita dan apa yang telah kita lalui. 

Masa kini juga, kita boleh lihat dan dengar terlampau banyak yang berlaku didunia ini samada yang baik dan juga yang buruk, bukan mahu melihat kepada satu-satu pihak sahaja, namun kejujuran dalam pemerintahan sesebuah negara khususnya, tiadanya sifat didalam diri pemerintah rosaklah sesebuah negara itu, dapat dilihat kini. Betapa pentingnya sifat ini bukan.

Janganlah memandang ini terlampau mudah kerana setiap yang berlaku pasti bersebab dan sebab itu samada baik untuk diri kita atau tidak.



P/s: ini adalah sekadar coretan semata-mata, yang baek kita kongsi bersama yang buruk jauhkan terus. Tiada kejujuran dalam perhubungan, rosaklah segalanya namun dengan Kejujuran yang utuh menghasilkan keakraban perhubungan, InsyaAllah. 

 

No comments:

Post a Comment