Monday, June 4, 2012

3 Days in Dubai, United Arab Emirates.

Assalamualaikum...

Alhamdulilah, masih diberi kesihatan yang baik untuk aku menulis kat blog ini. Dan sekarang aku berada di Khartoum, setelah menghabiskan 3 hari yang panjang di Dubai, United Arab Emirates. Kenapa aku cakap panjang...sebab terlalu banyak aktiviti yang aku buat dalam masa tersebut. Untuk pengetahuan, aku berada di Dubai disebabkan tempoh visa di negara nie dah nak tamat. So aku kene keluar ke negara lain bagi memperbaharui visa tersebuttttt...hehehe, yang best yer dapat pergi Dubai, UAE...perghhhh...dulu selalu je dengar orang cakap..sekarang aku sendiri menjejakkan kaki kat situ.

TerBaekkk...tu je yang aku boleh gambarkan kat sini, dari mula-mula nak sampai pun dah boleh agak keadaan yang sangat sibuk kat sini..bayangkanlah flight yang aku naek hampir 2 jam berpusing-pusing kat atas awan disebabkan oleh traffic kat Dubai International Airport tu sibuk sangat...kalau ikutkan, perjalanan dari Khartoum - Dubai hanya mengambil masa 3 jam 30 minit saje. Apa-apa pun, aku bersama rakan-rakan laen seramai 10 orang semuanya telah menjejakkan kaki kat Dubai airport tepat pukul 7 pagi waktu Dubai. Beza masa dengan Malaysia adalah 4 jam berbanding Khartoum 5 jam.

Lepas imigresen, aku pegi tukar duet dulu..sebab takde duet Dirham AED (Arab Emirates Dirham) tukaran dollar kat sini 1 dollar = 3.61 AED, tapi kalau 1 Rm = 1 AED, kire kalau bawak dollar untung la sikit. Tapi jangan risau, sebab tu tukaran wang kat airport, sememang yer mahal. Kalau nak berbaloi carik mesin ATM cucuk jelah kad yang ade VISA atau MEPS. Kalau keluarkan duet kurang dari 1500 AED (1.13 = 1RM) tapi kalau keluarkan lebih dari tu akan jadi (1.16 = 1RM) so kuarlah berbanyak sikit la yer.

Okay dah dapat duet, so macam biasa...perkara asas yang aku akan buat adalah beli line telefon kat negara nie, sebab yer kalau guna line Malaysia atau negara laen...sememang yer mahal...so bawak je passport then beli je no negara nie. Nanti call Malaysia, kita je kene charge sebab bukan roaming. Aku beli telco dU..not bad...sebab international call 2.1 AED per minit...jangan risau kat dalam airport memang ade dU punye dealer...beli je yer.

Pastu gerak ke Hotel, menaiki teksi yang tersedia kat airport nie...teksi dorang pakai meter. Starting meter 25.00 AED, mahal sebab kat airport kan, tapi kalau teksi kat town starting 3.00 atau 3.50 AED je. Kat sini teksi dorang mewah beb...Toyota Camry! Pastu pulak driver dier smart plus cekap...sampai aku tekan brek kosong je...hahaha...lajuuuuu dorang bawak...aku rase sebab faktor jalan yang cantek dengan jalan yang luas.

Aku dengan rakan-rakan, check in kat Fortune Pearl Hotel, dekat jalan Omar Bin Al-Khattab. Hotel nie berkelas 3 Bintang. Layanan tiptop. Lepas check in, ktorang gerak pergi ke destinasi pertama iaitu Dubai Mall. Mall ini memang besar, macam Mid Valley Megamall K.L. kat dalam nie ada macam-macam butik, Dubai aquarium pun ade, tempat untuk fashion show pun ade. Dubai Mall nie sememang yer besar sampaikan kaki sakit-sakit dan sesat kat dalam nie.

Hard Rock Cafe Dubai

Skating Dubai Mall

The Souk Dubai Mall

Untuk pengetahuan, kat sebelah Dubai Mall ini 'terpacakyer' bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Kalifa. Memang melangit tinggi la bangunan nie. Ketinggian bangunan ini 828m, namun bakal dicabar dengan bangunan yang sedang dibuat di negara China. Tak pasti dah siap ke belum bangunan tu.

Burj Kalifa, Dubai UAE

Lepas je puas berjalan kat Dubai Mall nie, aku gerak pergi Hard Rock Cafe Dubai. Terletak di Dubai Festival City, bagi sesiapa yang pengumpul baju Hard Rock pasti akan pergi dan bangunan ini berhadapan dengan IKEA Dubai.

Hari kedua kat Dubai, ktorang telah pergi ke Palm Jumeira. Pulau buatan ini bentuk macam pokok. Sebelah The World yang satu ketika dulu, keluar berita Dubai buat pulau buatan gunakan satelit untuk monitar pasir-pasir yang ditambun untuk menjadikan pulau berbentuk dunia. Kat Palm Jumeira nie ada Aquaventure. Jalan-jalan dalam Aquaventure Royal Tower, dalam nie macam biasa ada butik-butik berjenama pelik-pelik. Yang best kat sini ade Aquarium besar, (besar bapakyerrr) hehehe...ade macam-macam ikan yang duk kat tengah laut tu. Nak masuk kene bayar tiket 30 AED seorang. Lepas puas bergambar dan lepak-lepak. Ktorang gerak balek hotel, sebab pukul 3ptg nak pegi Desert Safari.

Atlantis Hotel, Palm Jumeira

Aquaventure - Royal Tower

Aquaventure, Palm Jumeira

 
Tepat pukul 3.30ptg ktorang telah dipick up oleh sebuah Toyota Land Criuser untuk pakej Desert Safari berharga 150 AED seorang. Sebelum sampai, singgah sekejap dekat trek ATV (All Terrain Vehicle). Kat trek nie disediakan ATV bike dan ATV car. Untuk ATV bike ade 2, satu yang kecik 125 AED seorang, 150 AED untuk yang besar. ATV car pulak 300 AED sebab boleh naek 2 orang. Puas hati dapat naek ATV nie kat padang pasir. Tapi jangan sampai tergolek sudah sebab insurans tidak ditanggung! so hati-hati lah.

ATV Bike

ATV Dubai Safari

Lepas puas membalun ATV dalam cuaca panas, ktorang mula gerak masuk padang pasir. Sebelum itu, driver terbaek ktorang kene buang angin tayar bagi kempis, barulah tak lekat kat dalam pasir nanti. Pengalaman yang tak dapat dilupakan saat turun naek kat padang pasir nie. Rase nak gugur jantung tapi layannn...Hummer H2 tu pun sangkut beb, Land Cruiser kami yang datang tolong bukan sekali tapi dua kali. hohoho...Sudah puas melambung-lambung dalam kete, ktorang sampai kat destinasi yang dituju, Safari Camp. Pakej Desert Safari nie dari merasa pemanduan (penumpang je) di atas padang pasir, Tanura Show (Tarian Turki), Belly Dancing, Sand Ski, makan BBQ Dinner Buffet, softdrinks, sheesha dan boleh jugak buat inai, semua nie free. Kalau nak naek unta pun ade tapi ktorang dah puas naek dah. Abes je Belly Dancing ktorang gerak balek.

Dubai Safari

Starting Dubai Safari

Middle Dubai Safari

Hummer H2 pun sangkut...Hadoiii.


Night Dubai Safari

Tanura Show

Turkey Dance

Sebelum balek ktorang singgah Hard Rock Cafe Dubai lagi, sebab ade member yang tak beli lagi baju dan nak tengok live band yang perform malam tu. Hard Rock Cafe Dubai nie, memang penuh dengan orang. Meja penuh so tak dapatlah nak layan live band, tengok dua, tiga lagu then ktorang gerak balek hotel. Tapi memang terbaekkk.

Hard Rock Cafe Dubai 2nd Time

Hari terakhir kat Dubai, ktorang gerak pegi Dubai Old Souq Marine, kat sini boleh beli Freeze magnet, baju-baju buat souvenir. Penjual kat sini banyak orang-orang Pakistan, Nepal dan India. Dan sememang yer kat sini terdapat lambakan orang luar je. Penjual kedai nie pandai cakap "Terima Kasih, Sama-Sama, Murah''. Rupanya ramai orang-orang dari Malaysia yang datang membeli-belah kat sini. Patutlah dorang tau pun. Kedai-kedai nie bersebelahan dengan sungai buatan "Dubai Creek''.

Old Souq Marine Dubai

Souvenir Time

Emirates Mall

Center of Emirates Mall

Gerak balek hotel untuk check out, pastu ktorang gerak pegi Emirates Mall, salah satu mall kat Dubai nie. Kat sini ade Dubai Ski, ski buatan terbesar di dunia. Emirates Mall nie, ade banyak butik-butik dan yang best yer lebih banyak sales dari Dubai Mall. Aku suggestkan pegi Emirates Mall. Mall nie pun besar jugak dengan orang yang padat kat dalam dier. Puas berjalan sambil membeli barang. Ktorang gerak balek hotel tuk ambek beg dan terus ke Dubai Airport. Flight ktorang pukul 830mlm waktu Dubai. Sebelum tu pegi tukar dollar, untuk peringatan janganlah tukar dollar kat airport, rugi tau...tukarlah kat mall atau mane-mane. Sebab kat airport nie jual mahal sangat.

Tepat pukul 8.30mlm waktu Dubai ktorang fly back Khartoum, sampai Khartoum pukul 1pagi waktu Khartoum. Sampai Khartoum abes dah mood bercuti, time to work pulak =)
Apa-apa pun Dubai memang satu tempat yang best.


P/s : Lagi best kalau bawak banyak duet! hehehe =) 

No comments:

Post a Comment