Dalam sesebuah perhubungan, kejujuran amat penting. Kalau
tak, hubungan tersebut akan menempuh bermacam liku-liku dan halangan percintaan
yang pastinya membawa perpisahan kiranya tidak mampu diatasi secara baik.
Namun terdapat beberapa sebab sebuah hubungan itu tidak
mampu bertahan, selain tiada kejujuran. Antaranya ialah:
1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah
perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang
menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak
mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati
mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan
meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka
bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga
yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan
terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang
sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi
dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah
perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru
saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan.
Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau
timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan
bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika
mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit
kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah
perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang
berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering
berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya
kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh
membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah
pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat
bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih
pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang
dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal
bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang
terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah
pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah
dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan
yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung
dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil,
kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak
stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan.
Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika
keluarganya tidak menyukai anda.
P/s : Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita
tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat
itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah
rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak
rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita
hanya usaha.
LIke...^_^
ReplyDelete