Thursday, July 19, 2012

Ramadhan di Perantauan.

السَّلاَمُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُه

Alhamdulilah...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur dengan limpah kurnianya masih diberi kesihatan yang baik bagi menjalani kehidupan di dunia ciptanNYA ini.

Pejam celik, pejam celik...esok dah masuk bulan Ramadhan. Syukur dipertemukan bulan yang mulia ini sekali lagi. Dan sekali lagi aku berpuasa di bumi Sudan ini, di kejauhan aku diperantauan meninggalkan keluarga untuk kerjaya. hahaha...sedih la konon...


Okaylah, malas nak merepek banyak sangat la...untuk pengetahuan yang membaca blog ini, kat sini mula berpuasa awal sehari daripada Malaysia. Jadi bermakna kami kat sini akan mula berpuasa esok (Jumaat 19/7/2012) dan di Malaysia bermula Sabtu 20/7/2012.

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam dan sama-samalah kita mengerjakan segala kebaikan yang seMaksimum yang boleh di dalam bulan yang mulia ini :))

Siang tadi aku terpikir sejenak berkenaan permulaan berpuasa yang berbeza antara Malaysia dan negara-negara Arab ini. Persoalan aku kepada seorang teman aku di sini, beliau juga seorang penuntut salah sebuah universiti di sini berkenaan jumlah hari berpuasa bagi seorang yang pada mulanya berpuasa di tanah Arab dan kembali ke tanah air Malaysia sebagai contoh yang mana memulakan puasa lewat sehari dari sini.

Beliau yang jugak menuntut dalam jurusan perundangan islam, menyatakan bahawa sememangnya jika di kira, akan terlebih satu hari jika kita pulang ke tanah air untuk sambung berpuasa dan terus menyambut Aidilfitri. Di sini beliau menyarankan untuk berbuka dari salah satu hari itu kerana jika kita terus berpuasa akan berlebih satu hari. Dalam islam berpuasa di dalam bulan Ramadhan tidak boleh lebih dari 30 hari atau kurang.

Samada kita mencari satu hari itu di pengakhiran Ramadhan atau yang lebih elok adalah ketika kita bermusafir. Sememangnya kita akan bermusafir ketika perjalanan pulang ke tanah air kan. So berbuka ketika bermusafir adalah salah satu sunnah nabi. Pahala pun dapat dan puasa itu tak perlu digantikan. Waallahualam.




P/s : Hanya menyampaikan pendapat dan perbincangan sahaja. Semoga kita mendapat keberkatan di dalam bulan Ramadhan 1433H. Aminnn.


Monday, June 4, 2012

3 Days in Dubai, United Arab Emirates.

Assalamualaikum...

Alhamdulilah, masih diberi kesihatan yang baik untuk aku menulis kat blog ini. Dan sekarang aku berada di Khartoum, setelah menghabiskan 3 hari yang panjang di Dubai, United Arab Emirates. Kenapa aku cakap panjang...sebab terlalu banyak aktiviti yang aku buat dalam masa tersebut. Untuk pengetahuan, aku berada di Dubai disebabkan tempoh visa di negara nie dah nak tamat. So aku kene keluar ke negara lain bagi memperbaharui visa tersebuttttt...hehehe, yang best yer dapat pergi Dubai, UAE...perghhhh...dulu selalu je dengar orang cakap..sekarang aku sendiri menjejakkan kaki kat situ.

TerBaekkk...tu je yang aku boleh gambarkan kat sini, dari mula-mula nak sampai pun dah boleh agak keadaan yang sangat sibuk kat sini..bayangkanlah flight yang aku naek hampir 2 jam berpusing-pusing kat atas awan disebabkan oleh traffic kat Dubai International Airport tu sibuk sangat...kalau ikutkan, perjalanan dari Khartoum - Dubai hanya mengambil masa 3 jam 30 minit saje. Apa-apa pun, aku bersama rakan-rakan laen seramai 10 orang semuanya telah menjejakkan kaki kat Dubai airport tepat pukul 7 pagi waktu Dubai. Beza masa dengan Malaysia adalah 4 jam berbanding Khartoum 5 jam.

Lepas imigresen, aku pegi tukar duet dulu..sebab takde duet Dirham AED (Arab Emirates Dirham) tukaran dollar kat sini 1 dollar = 3.61 AED, tapi kalau 1 Rm = 1 AED, kire kalau bawak dollar untung la sikit. Tapi jangan risau, sebab tu tukaran wang kat airport, sememang yer mahal. Kalau nak berbaloi carik mesin ATM cucuk jelah kad yang ade VISA atau MEPS. Kalau keluarkan duet kurang dari 1500 AED (1.13 = 1RM) tapi kalau keluarkan lebih dari tu akan jadi (1.16 = 1RM) so kuarlah berbanyak sikit la yer.

Okay dah dapat duet, so macam biasa...perkara asas yang aku akan buat adalah beli line telefon kat negara nie, sebab yer kalau guna line Malaysia atau negara laen...sememang yer mahal...so bawak je passport then beli je no negara nie. Nanti call Malaysia, kita je kene charge sebab bukan roaming. Aku beli telco dU..not bad...sebab international call 2.1 AED per minit...jangan risau kat dalam airport memang ade dU punye dealer...beli je yer.

Pastu gerak ke Hotel, menaiki teksi yang tersedia kat airport nie...teksi dorang pakai meter. Starting meter 25.00 AED, mahal sebab kat airport kan, tapi kalau teksi kat town starting 3.00 atau 3.50 AED je. Kat sini teksi dorang mewah beb...Toyota Camry! Pastu pulak driver dier smart plus cekap...sampai aku tekan brek kosong je...hahaha...lajuuuuu dorang bawak...aku rase sebab faktor jalan yang cantek dengan jalan yang luas.

Aku dengan rakan-rakan, check in kat Fortune Pearl Hotel, dekat jalan Omar Bin Al-Khattab. Hotel nie berkelas 3 Bintang. Layanan tiptop. Lepas check in, ktorang gerak pergi ke destinasi pertama iaitu Dubai Mall. Mall ini memang besar, macam Mid Valley Megamall K.L. kat dalam nie ada macam-macam butik, Dubai aquarium pun ade, tempat untuk fashion show pun ade. Dubai Mall nie sememang yer besar sampaikan kaki sakit-sakit dan sesat kat dalam nie.

Hard Rock Cafe Dubai

Skating Dubai Mall

The Souk Dubai Mall

Untuk pengetahuan, kat sebelah Dubai Mall ini 'terpacakyer' bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Kalifa. Memang melangit tinggi la bangunan nie. Ketinggian bangunan ini 828m, namun bakal dicabar dengan bangunan yang sedang dibuat di negara China. Tak pasti dah siap ke belum bangunan tu.

Burj Kalifa, Dubai UAE

Lepas je puas berjalan kat Dubai Mall nie, aku gerak pergi Hard Rock Cafe Dubai. Terletak di Dubai Festival City, bagi sesiapa yang pengumpul baju Hard Rock pasti akan pergi dan bangunan ini berhadapan dengan IKEA Dubai.

Hari kedua kat Dubai, ktorang telah pergi ke Palm Jumeira. Pulau buatan ini bentuk macam pokok. Sebelah The World yang satu ketika dulu, keluar berita Dubai buat pulau buatan gunakan satelit untuk monitar pasir-pasir yang ditambun untuk menjadikan pulau berbentuk dunia. Kat Palm Jumeira nie ada Aquaventure. Jalan-jalan dalam Aquaventure Royal Tower, dalam nie macam biasa ada butik-butik berjenama pelik-pelik. Yang best kat sini ade Aquarium besar, (besar bapakyerrr) hehehe...ade macam-macam ikan yang duk kat tengah laut tu. Nak masuk kene bayar tiket 30 AED seorang. Lepas puas bergambar dan lepak-lepak. Ktorang gerak balek hotel, sebab pukul 3ptg nak pegi Desert Safari.

Atlantis Hotel, Palm Jumeira

Aquaventure - Royal Tower

Aquaventure, Palm Jumeira

 
Tepat pukul 3.30ptg ktorang telah dipick up oleh sebuah Toyota Land Criuser untuk pakej Desert Safari berharga 150 AED seorang. Sebelum sampai, singgah sekejap dekat trek ATV (All Terrain Vehicle). Kat trek nie disediakan ATV bike dan ATV car. Untuk ATV bike ade 2, satu yang kecik 125 AED seorang, 150 AED untuk yang besar. ATV car pulak 300 AED sebab boleh naek 2 orang. Puas hati dapat naek ATV nie kat padang pasir. Tapi jangan sampai tergolek sudah sebab insurans tidak ditanggung! so hati-hati lah.

ATV Bike

ATV Dubai Safari

Lepas puas membalun ATV dalam cuaca panas, ktorang mula gerak masuk padang pasir. Sebelum itu, driver terbaek ktorang kene buang angin tayar bagi kempis, barulah tak lekat kat dalam pasir nanti. Pengalaman yang tak dapat dilupakan saat turun naek kat padang pasir nie. Rase nak gugur jantung tapi layannn...Hummer H2 tu pun sangkut beb, Land Cruiser kami yang datang tolong bukan sekali tapi dua kali. hohoho...Sudah puas melambung-lambung dalam kete, ktorang sampai kat destinasi yang dituju, Safari Camp. Pakej Desert Safari nie dari merasa pemanduan (penumpang je) di atas padang pasir, Tanura Show (Tarian Turki), Belly Dancing, Sand Ski, makan BBQ Dinner Buffet, softdrinks, sheesha dan boleh jugak buat inai, semua nie free. Kalau nak naek unta pun ade tapi ktorang dah puas naek dah. Abes je Belly Dancing ktorang gerak balek.

Dubai Safari

Starting Dubai Safari

Middle Dubai Safari

Hummer H2 pun sangkut...Hadoiii.


Night Dubai Safari

Tanura Show

Turkey Dance

Sebelum balek ktorang singgah Hard Rock Cafe Dubai lagi, sebab ade member yang tak beli lagi baju dan nak tengok live band yang perform malam tu. Hard Rock Cafe Dubai nie, memang penuh dengan orang. Meja penuh so tak dapatlah nak layan live band, tengok dua, tiga lagu then ktorang gerak balek hotel. Tapi memang terbaekkk.

Hard Rock Cafe Dubai 2nd Time

Hari terakhir kat Dubai, ktorang gerak pegi Dubai Old Souq Marine, kat sini boleh beli Freeze magnet, baju-baju buat souvenir. Penjual kat sini banyak orang-orang Pakistan, Nepal dan India. Dan sememang yer kat sini terdapat lambakan orang luar je. Penjual kedai nie pandai cakap "Terima Kasih, Sama-Sama, Murah''. Rupanya ramai orang-orang dari Malaysia yang datang membeli-belah kat sini. Patutlah dorang tau pun. Kedai-kedai nie bersebelahan dengan sungai buatan "Dubai Creek''.

Old Souq Marine Dubai

Souvenir Time

Emirates Mall

Center of Emirates Mall

Gerak balek hotel untuk check out, pastu ktorang gerak pegi Emirates Mall, salah satu mall kat Dubai nie. Kat sini ade Dubai Ski, ski buatan terbesar di dunia. Emirates Mall nie, ade banyak butik-butik dan yang best yer lebih banyak sales dari Dubai Mall. Aku suggestkan pegi Emirates Mall. Mall nie pun besar jugak dengan orang yang padat kat dalam dier. Puas berjalan sambil membeli barang. Ktorang gerak balek hotel tuk ambek beg dan terus ke Dubai Airport. Flight ktorang pukul 830mlm waktu Dubai. Sebelum tu pegi tukar dollar, untuk peringatan janganlah tukar dollar kat airport, rugi tau...tukarlah kat mall atau mane-mane. Sebab kat airport nie jual mahal sangat.

Tepat pukul 8.30mlm waktu Dubai ktorang fly back Khartoum, sampai Khartoum pukul 1pagi waktu Khartoum. Sampai Khartoum abes dah mood bercuti, time to work pulak =)
Apa-apa pun Dubai memang satu tempat yang best.


P/s : Lagi best kalau bawak banyak duet! hehehe =) 

Monday, May 28, 2012

Pyramid of Meroe, Kabushiya, Shendi.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Just nak update pasal aku punye cite dari Khartoum ke Atbara, 20 May 2012 sampai 24 May 2012 aku dan team aku kene pergi ke Atbara untuk urusan kerja. Atbara adalah salah satu bandar besar yang terdapat kat negara Sudan nie. Perjalanan menaiki kenderaan dari Khartoum mengambil masa hampir 6 jam, sebenarnya kalau nak cepat naek kapal terbang pun boleh, tapi aku kene bawak banyak jugak barang kerja sekali, so naek pacuan empat roda la.

Bukan bandar Atbara yang aku nak cite pun kat sini, aku nak cite pasal keunikkan perjalanan ke Atbara nie. Hampir 4 jam lebih perjalanan dari Khartoum aku terserempak dan ternampak kiri dan kanan jalan ada Pyramid. Pyramid yang aku nampak nie taklah besar mane pun tapi memang pyramid la. So kitaorg pun singgah la pegi tengok pyramid nie dari dekat.

Okay, name tempat nie, Pyramid of Meroe kat Kabushiya, Shendi. Shendi nie macam pekan kecil la. Kalau tak silap aku, Shendi nie tempat lahir Presiden negara nie. Rupa-rupanya tempat nie memang dijaga rapi, boleh nampak Pyramid yg ade kat sini cantek je walaupun ade kesan-kesan runtuhan pada sesetengah pyramid yang masih tinggal.

Kawasan ini dipagar, so nak masuk kena bayar la beb, 20 paun SDG bayaran setiap seorang pengunjung yang nak masuk, nak tgk dari luar pun boleh tapi alang-lang dah sampai jauh-jauh kan...masuk la, boleh bergambor sekali...kikiki. Lepas je bayar, kita akan berjalan ke pyramid tu..tapi ada jugak unta kat sini, kita ada pilihan samada nak naek unta ke pyramid tu atau nak jalan kaki. Kalau nak naek unta bayaran 20 paun SDG setiap seorang. Aku pun taknak lepaskan peluang untuk pertama kalinya menaiki unta. Perghhhh...1st time, best-best...hihihi.

Nielah photo-photo yang sempat aku ambek masa kat situ, dengan suhu memang tersangat la panas yer...tapi layannn...nak sangat tengok pyramid...hehehe...sapa-sapa yang datang negara nie, jangan lepaskan peluang datang ke sini...bukan Egypt je ada pyramid Sudan pun ada, malah ada orang cakap pyramid kat sini dibina dahulu sebelum kat Egypt tu (tak tahu betul ke tak la)....


Pintu Masuk

 
1st Time Naek

Macam Pelik Je Member Aku Duk Belakng Tu..hihihi

Bersama Azrul, dia orang pun orang Pahang.


Salah satu pyramid yang masih elok.

Aku kat dalam pyramid, sejukkk (sampai nak terlelap) kikiki...
sebab pyramid nie dorang buat ngan tanah liat.

kat dinding dalam pyramid nie, ade lukisan dan tulisan.


ade lukisan muka orang pun ada.


tulisan dan lukisan lagi.

sebahagian pyramid yang runtuh


:)


Pyramid yang dibina semula



Sebahagian pyramid yang telah dibaik pulih


Panasssss beb....padang pasir.


Nak balek dah...


Bersama Aim ngan pemilik unta yang ktorg naek.


Barang jualan


Sebahagian lagi barang jualan



P/s : Nielah dinamakan Jauh Perjalanan, Luas Permandangan :)

Tuesday, May 1, 2012

From Khartoum to Kassala.

Assalamualaikum...

30hb April 2012 dah, hadoiii...lame yer tak update blog nie...sememang yer aku tersangat sibuk dengan kerja aku kat sini. Phase 17 project dah mula, jadi bermulalah ronda-ronda negara Sudan nie. Kassala adalah nama bandar yang aku telah pegi pada awal bulan April aritu, kalau tengok kat peta dah dekat ngan Laut Merah dan bersempadan dengan negara Eritrea.

Dari Khartoum aku menaiki pacuan 4 roda yang mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan. Perghhh..memang tak hingat la sakit badan yer. Memang kalau ikutkan jalan dier lurus...mak aiiii...lurus betul sebab padang pasir kan..tapi melompat-lompat la duk dalam kete tu...hahaha...

Otw ke Kassala ada ladang gandum...luas yang amat..

Hah, tengok jalan dier...terbaek...lurus...kannnn..

Aku duk sana cukup dua minggu, dan banyak tempat yang aku pegi...dalam buat keje tu..dapat tengok orang-orang dier...dorang nie kekadang sakit gak hati aku, sebab panggil aku Sadigar @ Sinn..maksud yer orang cine..geram je dorang nie..pas bagi salam baru lah dorang tau kita nie muslim...hadoiii..

Nasib baik name aku pun ade berunsurkan islamik so dorang suke lah...hihihi...pastu banyak pulak cakap, ajak borak la pulak...nak tau Malaysia macam mane la apa la...layan jelah...Tapi dorang sangat menghormati tetamu...aku pegi minum rumah pemandu aku, memandangkan dier ade keluarga kat Kassala, dapatlah pegi lepak rumah dorang...memang layanan terbaek...

Bandar Kassala aka negeri la...besar jugak, trademark dier ada pada duet kertas 10SDG dorang iaitu Bukit Batu...kat sini panggil Jabal. Kat Kassala tak panas berbanding Khartoum kire okay la. Tapi kalau kete takde aircond, perghhh...same je...kikiki..

Kat bawah nie aku letak photo-photo yang sempat aku ambek mase kat sana. Mane lah tau ade yang nak pegi sini atau TERsampai kat bumi Sudan nie..tau la sini Kassala ;)

selamat datang ke Kassala
Jabal Mareb

Bukit Batu kat Kassala

Tanah Gersang di Kassala

Salah satu site yang aku pegi

Site outdoor di Kassala 13

 
P/s : Next town, go to Nyala...nanti aku cite pasal kat bandar Nyala pulak :)

Saturday, March 10, 2012

Bila kita marah, apa yang selalu kita buat...

Assalamualaikum....

Kayfa haaluka? ana bikhyar...alhamdulilah...cececewahhh..konon-konon je tu, okaylah...kali nie aku nak kongsi sikit pasal sifat pemarah...tetibe je nak cite pasal topik nie, just nak share jelah..based on aku punye perangailah...

Dulu aku akui memang aku nie cepat sangat nak marah, selalu yer aku akan marah kat orang-orang yang buat aku sakit hati. Bila aku marah sememang yer tiada orang yang boleh redakan aku selain mak aku...kikikiki. Tak tahulah, kekadang aku marah tak tentu pasal jugak...mase maen bola dulu suka sangat marah aka naik hangin dengan pengadil dan pemain lawan...dorang maen jahat sangat sape suruh..hehehe, tapi aku just marah mulut jelah, tak de pulak nak pegi bertumbuk pulak kan...

Aku jugak boleh dikatakan garang dalam keluarga aku, sebab aku ada ramai lagi adek-adek kat bawah aku dan kakak-kakak atas aku. Nie pun aku akui yang dorang pun macam takut je dengan aku...padahal aku tak garang pun..hihihihi...Tapiiii...kalau dorang buat hal, memang kene semburlah ngan aku...hohoho..sama jugak dalam bab keje, nak marah je ngan boss yang double standard...geram dan mengakibatkan kemarahan di situ wujud...



Tapiii....

Tu dulu lah...sebab sekarang Alhamdulilah, aku dah dapat mengawal perasaan marah tu..
sebenaryer aku bukan suka sangat nak marah-marah nie..buat letih je...last-last kita jugak sakit hati..betul tak? hihihi...atas nasihat orang-orang tua, makin lama, makin aku slow...dan terus slow...so sekarang aku dah tak pemarah.

Banyak tip-tip yang aku gunakan untuk mengawal amarah nie...aku pasti semua orang ade sifat nie, cuma bezayer cara korang tunjukkan dan lepaskan...betulkan..takyah lah nak kata tak...tolong buang sikit ego tu yer..kikikiki..

Antara tip aku buat nak bagi reda amarah aku nie, pertama sekali, aku akan carik air...air nie aku minum...kalau elok air kosong la..sebab bila kita marah, sebenaryer kita dalam keadaan panas (kalau tak caya, korang marah nanti korang rasalah) dan air yang korang minum tadi macam penyejuk dari kepanasan dek kerana amarah korang tu. Kalau yang pertama tak jalan, aku akan buat tip kedua, aku akan blah dari tempat yang aku marah tadi dan aku carik kerusi untuk duduk, bagi releks sikit...dan istighfar bebanyak dan kalau ade surau ke...masuk ambek wuduk, insyaAllah reda amarah tu..lagi bagus kalau solat terus, selalu yer..kalau kuat sangat time nak marah tu sebab tak solat lagi. So terus la solat..sememang yer berkesan.

Alhamdulilah, bila kita dah tak pemarah, dengan secara tak langsung kita akan jadi seorang yang penyabar...dan orang-orang sekeliling makin rapat dan suka dengan kita...ini apa yang aku alamilah, aku sekadar berkongsi sahaja...so jangan marah-marah la yer, sebab marah pun kejap je pun, yang lebih tu emosi je...kikikiki...(takyah nak marah-marah...SENYUM aja ;)




P/s : Kalau korang tengah dalam keadaan marah, yang paling penting sekali korang lari atau jauhkan dulu puncayer, kalau berpunca dari orang, korang blah dari orang tu..kalau berpunca dari telefon..korang silentkan dulu hp tu...samalah lah kita kawal amarah yer..okBye..hihihi..