Sunday, January 15, 2012

Kecantikan seorang lelaki dan Kegagahan seorang perempuan


Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal

Tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik

Adalah lelaki yg mampu mengaliri airmata keinsafan

Adalah lelaki yang sedia menerima teguran

Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada

Adalah lelaki yang baik sangka dan tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan batin

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad yang ummi

Adalah kecantikan sempurna seorang lelaki



Kegagahan seorang perempuan

Bukan pada pejal otot badan

Tetapi pada kekuatan perasaan

Perempuan yang gagah

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhkan segala

keinginan

Kegagahan perempuan yang berdiri di atas keteguhan iman

Seluruh kegagahan yang ada pada khadijah yang ihsan

Adalah kegagahan sempurna seorang perempuan



P/s: Kecantikan lelaki mendorong perempuan menjadi gagah, Kegagahan seorang perempuan menjadikan lelaki cantik menangis kerinduan .

Thursday, January 12, 2012

Perilaku Wanita yang Lelaki Dambakan...

Assalamulaikum,


Alhamdulilah, masih lagi sihat disini dan masih disini...huhuhu, kali ini mari kita kongsi bersama-sama perilaku dan ciri-ciri wanita yang lelaki dambakan...hihihihi..

Ciri-ciri Wanita Sholehah

~Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan~
~ Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya~
~ Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu~
~ Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda~
~ Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri~
~Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini~
~ Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan~
~Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah~
~Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara~
~Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai~
~ Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara~
~ Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia~
~ Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi~


~ Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah~.

~Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain~
~Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu~
~Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya~
~ Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu~
~Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki~

~ Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila~


P/s: Secantik-cantik perhiasan dunia ialah wanita sholehah :)


Tuesday, January 10, 2012

Grand Holiday Villa in Khartoum (Bangga Kejap, Hahaha...)

Assalamualaikum,


Alhamdulilah, masih diberi kesihatan yang baik pada hari nie 11/01/2012, apa yang aku nak tulis kali nie adalah apa yang aku terperasan siang tadi (masa pegi minum shai) disepanjang sungai nil tadi...memandangkan aku takde mood nak keje hari nie..sebabnya dalam mood balek Malaysia dah mula menghantui diri aku..hahahah, lepas cari parking kat tepi sungai nil tadi, aku pun berjalan la menuju ke tempat shai (tempat minum aka kedai kopi) duk sedap jalan, mata melilau lah..tengok bangunan-bangunan kat tepi sungai nil td...sebab aku selalu je lalu kat sini tapi jarang nak tengok-tengok sebab selalunya aku layan lagu atau tido je dalam kete...hahaha...

Dalam mood nak balek Malaysia nie (hati & perasaan dah kat Malaysia tinggal badan je kat sini lagi), tengah mata melilau terpandang signboard tulis Grand Holiday Villa, berkerut jugak kejap..last-last terpandang bendera Malaysia beb..sahhhh...memang tepat sekali hotel nie macam aku pernah lihat, sah-sah orang Malaysia yang punya atau dengan kata lain sama dengan aku pikirkan iaitu sama dengan Grand Holiday Villa kat Malaysia tu...(aku tengok pun kt dalam tv, sebab selalu yer hotel nie bagi sponsor hadiah percutian kat mane-mane kuiz kan,kan,kan...hahahaha).

Grand Holiday Villa


Nampak tak bendera Malaysia kat situ...hohohoho



Sebagai seorang warganegara Malaysia, aku sangat berbangga dengan warganegara Malaysia yang berjaya membuat perniagaan mereka sampai ke sini...terbaekkk la...tengok bendera Malaysia tadi, makin berkobar-kobar aku nak balek. Tapi passport aku masih lagi tak dapat-dapat lagi :( benci betullah...lembab betul management kat sini nak settlekan...
Harap-harap dapat la dalam masa terdekat nie...rindu Malaysia <3 tak sabar dah nak balek nie...hahaha...

Shai tepi sg nil ngan hafiz & pak usop (makan kurma ngan kacang sementara tunggu shai)



P/s: apa-apa pun, walau jauh mana pun kita pergi, kita tetap rindukan tempat dimana kita dibesarkan ;)

Sunday, January 1, 2012

Solat Istikharah

Assalamualaikum...

Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam. Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung ,
Apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.
- Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.

Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.
Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.
- Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.
Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.
Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.
:- Sebagai contoh dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seorang pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.
Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.
Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.
:- Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.
Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikhrah dari Allah.
Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.
Isi Terpenting Istikharah
- Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
- Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?
 Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.
Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.
Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.
Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Al-baqarah)

Bila Mahu Dilakukan?
Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Mengapa Solat?
- Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.
- Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.
- Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.
 * Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.
Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.
Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.
Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

P/s: Sesungguhnya solat adalah medium terbaik untuk menghubungkan manusia dengan penciptanya, solat Istikharah adalah sunat, solat 5 waktu adalah wajib…sebelum nak buat solat sunat, jagalah solat wajib dulu yer ;)