Friday, December 23, 2011

Rahsia Di Sebalik Tingkahlaku Seorang LELAKI

Assalamualaikum...

Sememangnya kaum LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.
Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.
Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.


> Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.
> Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.
> Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

> Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.
> Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.
> Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.
> Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.
> Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

> Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:
 - Dia sayang dan takut kehilangan anda
 - Dia mahu menguasai anda
 - Dia tidak mahu ada pesaingan
 - Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.
> Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.
> Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.
> Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

*** Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.

Thursday, December 22, 2011

Antara sebab-sebab hubungan tidak mampu bertahan.

 Assalamualaikum...


Dalam sesebuah perhubungan, kejujuran amat penting. Kalau tak, hubungan tersebut akan menempuh bermacam liku-liku dan halangan percintaan yang pastinya membawa perpisahan kiranya tidak mampu diatasi secara baik.
Namun terdapat beberapa sebab sebuah hubungan itu tidak mampu bertahan, selain tiada kejujuran. Antaranya ialah:

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
 
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.


3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.


6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
 

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.


8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.



P/s : Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Tuesday, December 20, 2011

Merajuk & Tips - tips Memujuk...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah bersyukur kehadrat illahi, diberi kesempatan sekali lagi untuk terus hidup diatas muka bumi Allah ini. Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.


1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin menonton wayang cerita yang dia inginkan(kerana memang hobinya), tetapi anda last minute anda tidak mahu, dan anda ingin menonton cerita yang lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak menonton cerita itu.



3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.



Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.



1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.



2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.



3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "yunk", "bucuk", "dinda", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))



4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tak kiralah suara anda merdu atau pun tidak, janji lagu/nyayian anda itu khas untuk dirinya. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.



Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Wednesday, December 14, 2011

Lutut yang cedera boleh diubati tapi hati yang cedera..camner?

Assalamualaikum…
Alhamdulilah, bersua lagi kita…pada 12/12/2011 (cantek jugak tarikh nie, baru perasaan) yang lalu..aku telah mengalami kecederaan pada lutut belah kiri aku, akibat dari kedegilan aku sendiri…hahaha. Aku terjatuh dari belakang kereta 4 by 4, terjatuh yer pun sebab aku yang mengada nak buat keje yang bukannya keje yang sepatutnya aku buat.
Jatuh berlipat kebelakang, dorang yang ada kat situ cakap dah macam terjun tiruk dah…huhuhu..dahsyat..lepas jatuh tu, aku rasakan sakit yang amat sangat kat lutut belah kiri aku nie. Dah la lutut kanan dah sediada KO (akibat futsal)…
first day kene, benjol kepale lutut...ewwwww...sakitnya tuhan je yang tahu.

Naseb baek kene lutut je, sebab ada kes macam aku jugak (tapi orang local nie) patah kaki sebab jatuh dari kete nie. Alhamdulilah, bersyukur kepada ALLAH SWT kerana aku masih mampu berjalan (walaupun dah macam robot sikit).
2nd day, benjol dah kurang (aku pakai habbatus sauda)

Hari ini dah masuk 2 hari aku tak bekerja, disebabkan terlampau banyak masa yang terluang..aku jenguk la blog aku nie, nak update sikit la pasal diri aku…huhuhu.
Mase dulu aku kene sakit lutut belah kanan nie, hampir tiga bulan solat duduk…fuhhh, memang tersangat sakit sebab takleh nak lipat lutut nie, tapi kali nie Alhamdulilah aku boleh solat berdiri Cuma agak perlahan pergerakannya.
Masa sakit nie, emosi memang tak tentu…jadi emosional..sebabnya tak dapat bergerak dengan normal. Mase nielah, aku perlukan orang-orang yang aku sayang untuk bersama aku…nak tengok sapa la yang ambek berat kat aku nie…tapi alhamdulilah..ramai yang prihatin dengan menjenguk aku dan bertanya khabar aku walaupun orang yang aku harapkan tiada bersama aku tika aku sangat memerlukan dia. Huhuhu….teeetttttttttt….abesss..

P/s: Rasakan nikmat di seluruh tubuh kita yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka kepada Tuhannya.

Saturday, December 10, 2011

Apa yang aku buat kat sini...

Assalamualaikum...


Alhamdulilah, syukur kepada Allah swt kerana diberi kesihatan yang baik dan masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara dan dapat menjalani kehidupan dimuka bumi milik-NYA ini.
Kebelakangan ini terlalu sibuk dengan urusan kerja, sampai tak dapat nak curik masa untuk update blog aku ini. Sebenarnya banyak benda nak cite kat sini tapi kali ini aku nak cite bab keje aku kat sini lah.
Memandangkan aku memang terlalu sibuk dengan kerja, so kita cite pasal keje aku...apa pasal sibuk bebenor gaya yer...hahaha...

Okay, rasanya dah tau kot yang aku nie keje sebagai apa kan...(tgk kat profile la) kat Khartoum City nie tempat tinggal aku, memandangkan office aku kat area sini jugak. Aku bekerja untuk Ericsson AB Khartoum bagi projek ZAIN iaitu salah satu syarikat terkemuka kat area ARAB & AFRIKA. Apa yang aku buat untuk projek nie ialah menaik tarafkan sistem telekomunikasi kat area Khartoum, Omdurman dan Khartoum Bahri. Kalau korang nak tahu, 3 tempat ini saja dan nak dekat sama besar ngan Semenanjung Malaysia dah...penduduk dier pun memang ramai, kat mane-mane korang pegi pun mesti ada umah orang...ramai betul manusia kat sini..

Sama jugak di Malaysia, negara ini mengunakan Menara dan Struktur telekomunikasi atas bangunan untuk sistem telekomunikasi (korang boleh tengok kat bukit-bukit kat Malaysia tu). Cuma kat sini taklah tinggi melangit macam kat Malaysia sebab kat sini tanahnya mendatar dan kurang bukit (so takyah nak tinggi-tinggi pun).

Tower Tiub Zain, Berada di tepi Sg Nile.
Untuk pengetahuan korang, negara ini adalah negara pertama yang mengunakan sistem 2G dan 3G Ericsson 6000. Mana-mana yang tak tahu, sistem 2G tu satu sistem dimana kita boleh mengunakan telefon (cell phone aka HP) yang biasa aka GSM. 2G nie boleh support voice, text msg, MMS aka mesej bergambarlah dan H (internet), 3G pulak more kepada data packet. Sistem 3G digunakan untuk video call dan kepada korang yang suka serve intenet tu. Kira 3G nie internet berkelajuan tinggi la.
2G System


3G System
(Nampak mcm sama dgn 2G, tapi sebenarnya lain, perhatikan betul2)

Apa yang aku buat kat sini adalah upgrade system yang sediada kat sini kepada satu system yang lebih bagus aka canggih la..hohohoho. Keje-keje aku buat selalunya bermula tengah malam (12.00tghmlm) sebab keje ini memerlukan satu-satu site tu dimatikan dulu keseluruhan sistem dia (down site), macam kat Malaysia, korang mesti pernah dapat sms dari Telco aka syarikat telekomunikasi yang mengatakan masalah gangguan talian start pukul berapa sampai pukul berapa...kankankan...

2G & 3G system tadi tu diletakkan dalam satu cabinet.

So kalau korang duduk kat sini, itu bermakna bermulalah kerja-kerja aku kat sini. So start pukul 12tghmlm, pulun keje sampai kul 07.00pg..tapi kekadang keje siap cepat...so boleh up site cepat, boleh la sistem tu aktif balek aka normal dan aku boleh balek tido la...hahaha. So kalau korang dapat sms dari telco kat Malaysia tu yang mengatakan ada ganggu talian sebab keje-keje menaik taraf..(korang dah tau sebab apa kan) so tak yah nak bebel coverage takde la, pastu g tukar telco/simcard laen..pastu samo jugak..sebabnya sistem telekomunikasi ini akan sentiasa perlu di upgrade kepada satu teknologi yang baru. Aku bagi contoh HP sudah, korang beli satu device aka HP baru, tak sampai setengah tahun korang pakai dah kuar lagi canggih kankankan...hahaha, ini bersangkutan dengan sistem yang aku buat nielah.

nielah dier logo syarikat telekomunikasi yang aku buat projek upgrading nie.

Sebagai contohnya, dulu...kita hanya ada sistem, 2G aka GSM (900 - 1800) je...pastu datang satu teknologi 3G, korang perlu tukar HP yang ada support sistem 2100 aka 3G device untuk dapat guna teknologi 3G nie. Teknologi memang aku akui susah nak follow, tak terkejar...tapi kita nak buat camner...benda-benda macam nie ada baik dan buruknya. Tapi lebih kepada kebaikan la, buruknya...korang kene selalu upgrade jugaklah device korang untuk dapat teknologi yang lebih canggih nie...(so kene la standby duet, untuk mengupgrade device masing-masing...hahaha)

Sekian saja bebelan aku untuk kali nie, hahaha...


P/s : Kita perlukan teknologi bagi mengejar atau seiring dengan negara-negara maju lain.. Mulalah menabung untuk membeli device yang lebih canggih lagi..hohoho...Peace :)

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baru Islam.

Assalamualaikum...


Alhamdulilah, satu lagi hari Jumaat yang Allah berikan kepada aku kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan suruhan sebagai seorang muslim (semoga segala amal diterima oleh-NYA). Insyaallah pada tanggal 27 November 2011 bersamaan dengan 1 Muharam 1433 hijrah,  kita sebagai umat islam akan menyambut tahun baru (bulan islam).



Kat sini aku nak kongsi sebagai seorang muslim, apa yang seharusnya kita lakukan bagi menyambut tahun baru ini. Seharusnya kita bersama-sama membaca doa akhir tahun dan awal tahun.


Bacalah doa akhir tahun (3) tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah (26 November 2011). Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal sholeh tersebut diterima oleh Allah Swt.



Dan sesama lah kita membaca doa awal tahun pulak, juga sebanyak (3) tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam (26 November 2011). Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Para sholehin mengajarkan kita untuk berdoa ketika menjelang pergantian tahun. Dan dibawah ini adalah doa akhir tahun dan awal tahun yang lafaznya cukup terkenal kerana banyak terdapat di buku-buku doa


Doa Akhir Tahun



Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam


Ertinya:


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untuk aku, dan Engkau telah mengajak aku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, aku mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada aku dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah aku kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.






Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam. Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuniilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.
P/s : Semoga kita sesame melakukannya, setahun sekali je pun…insyaallah, sebagai seorang muslim kita seharusnya saling mengingati sesame islam, mana yang baek kita ambek, yang buruk tinggalkan terus SALAM MAAL HIJRAH.