Assalamualaikum...
Alhamdulilah bersyukur kehadrat illahi, diberi kesempatan sekali lagi untuk terus hidup diatas muka bumi Allah ini. Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini.
Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak
berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi,
sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita
mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang
itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan
faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang
cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan
sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan
sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia
ingin menonton wayang cerita yang dia inginkan(kerana memang hobinya), tetapi
anda last minute anda tidak mahu, dan anda ingin menonton cerita yang lain.
Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak menonton cerita itu.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan
merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk
disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk
mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan
cara yang sangat berbeza -- merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia
boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan,
tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau
tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah
berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda
dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan
anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata
benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia.
Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk
kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah.
Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan.
Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda
yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam
membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak
semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda
dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "yunk", "bucuk",
"dinda", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu,
selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan
perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar
bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini
merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang
sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih
anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tak kiralah suara anda
merdu atau pun tidak, janji lagu/nyayian anda itu khas untuk dirinya. Adakah si
Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara
buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti
senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya
langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda.
Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda
tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
No comments:
Post a Comment