Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya 2011


Assalamualaikum,



Bertemu kembali pada ari Ahad yang dingin ini ( cewahhh…kat sini musim sejuk kan) apa yang menarik minggu nie? Aku Kat sini takde menarik pun, pulun keje je, siang malam keje..kejar project yang konon yer nak abes kan mengikut plan (entah dapat ke idak….hahahaha) layannnn..datang sini pun untuk keje kan.

Dalam sibuk berkeje kat sini, aku tak tertinggal dengan mengikuti perjalanan skuad Harimau Malaya aka Malaysia team football. Alhamdulilah, perjalanan pada kejohanan Sukan SEA agak konsisten dan boleh dipuji (belum tahap cemerlang..hohoho). Tempoh hari aku sempat menonton perlawanan tersebut menerusi laptop je (guna link asyik.live tv) perlawanan menentang Indonesia dan Myanmar, rasanya boleh dianggap musuh tradisi, ini kerana Indo selaku tuan rumah untuk kejohanan kali nie pernah tewas di perlawanan akhir piala Suzuki tidak lama dulu kan. So totally game tersebut bagus dan kebanyakan pemain Malaysia bermain dengan kesungguhan dan yang paling bagus kita boleh nampak kematangan pemain-pemain Malaysia kali ini.

Aku dapat rasakan keberkesanan pemain-pemain ini yang telah dihantar keluar negara (Slovakia) bagi menyesuaikan diri dalam permainan yang lebih pantas dan lebih taktikal. Syabas dari aku sekali lagi. Namun ada sedikit kemorosotan (pendapat aku je) ketika bermain menentang Myanmar, sekali lagi bersyukur pasukan negara sekali lagi dapat meruntuhkan tembok Myanmar untuk mara ke perlawanan akhir sekali lagi (Malaysia juara bertahan edisi lepaskan).
Team nie yang menang Piala Suzuki tidak lama dulu. (team harapan negara)


Tapi apa yang peminat-peminat bolasepak macam aku nie tunggu dan nak lihat sangat adalah Malaysia layak dikejohanan Piala Dunia dan berada di ranking FIFA yang boleh dibanggakan. Mungkin satu angan-angan yang besar kan…kenapa aku berkata begitu, lihat sahaja ranking  Malaysia (update 18/11/2011). Mungkinkah dengan ranking FIFA 151 dunia dari 203 negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan oleh pihak FIFA, akan bermain dikejohanan Piala Dunia satu hari nanti. (Insya Allah)…

Walaupun dirasakan impian itu sangat sukar untuk digapai, namun bagi aku, juga berharap ada seorang pemain dari Malaysia yang dapat diberi peluang untuk bermain diliga-liga besar contohnya EPL,Seria A, BundesLiga ataupun LA Liga. Lihat sahaja negara-negara besar dalam bolasepak Asia (Korea, Japan, Australia, Korea Utara & China) ramai pemain-pemain dorang nie yang bermain kat liga-liga yang aku nyatakan tadi. Korang boleh nampak sendiri impaknya kan, tengok negara-negara yang baru naik sekarang, more than pemain bermain diLiga besar kan. Tapi aku rasa masih releven kot kalau aku katakan harapan aku ini masih boleh direalsasikan, mungkin yang sukar hanya EPL je kot, sebab setiap pemain yang maen dalam liga tu kene atau sekurang-kurangnya negara kelahiran pemain itu berada dalam kedudukan 70 ranking FIFA. (Malaysia kalau bahagi dua pun dengan ranking sekarang, kantoi lagi).


Besar sangat kot impian nak dapat Piala Dunia nie..

Sekadar pendapat aku, pembangunan bolasepak harus bermula dari awal, sama macam negara-negara besar laen buat, tapi setahu aku, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) pernah buat sekitar tahun 90an dulu, malah aku sendiri pun pernah join. Namun pembangunan bolasepak tu, senyap gitu je…last-last terus tutup (Akademik Bolasepak Negeri-negeri)…Hurmmm….entahlah.

Dari penglihatan aku pada pembangunan bolasepak kat negara aku bekerja sekarang nie contohnya, kelihatan banyak akademi bolasepak yang ditubuhkan di sini, malah dapat dilihat banyak padang-padang bolasepak dan futsal kat sini, apa yang bagusnya…setiap permainan bolasepak walaupun di maenkan dikawasan perumahan…mereka tetap mengunakan khidmat seorang pengadil untuk mengadili perlawanan tersebut. Apa yang bagusnya disini, dari peringkat awal lagi mereka telah didedahkan teknik-teknik dan displin bolasepak yang betul. Penduduk kat sini juga amat berminat perihal bolasepak nie, boleh dilihat dan dengar kalau pasukan kelab atau negara mereka terlibat dalam perlawanan, penduduk sini akan sama-sama menonton dalam kaca tv, juga didengar di radio (penuh pakat tengok, dah macam nak tengok orang lelong barang…hahahhaa)… Semangat ini juga dapat dilihat dan dirasai sekarang di Malaysia, namun bezanya di sini..walaupun pasukan mereka kalah, mereka tetap memberi sepenuh sokongan bukannya kutukan. Aku ada merujuk pada ranking FIFA terkini, terkejut juga pasal ranking negara nie jauh lebih baek dari negara aku sendiri yang lengkap dengan kemudahan berbanding di sini.


Banyak sebab boleh kita katakan, mengapa terjadinya begini…mungkin juga dilihat dari susuk tubuh mereka yang berbeza dan juga pendedahan yang diberikan oleh mereka untuk bertemu dengan negara-negara yang memang kuat dalam sepak bola nie. Semenjak aku duduk sini, banyak pelawanan persahabatan antara negara telah dibuat contonya bertemu GHANA, MESIR, UAE dan lain-lain. Memang pendedahan ini sangat-sangat bagus untuk satu-satu pasukan bagi membentuk pasukan yang kuat. Kalah atau menang itu adat permainan la kan. Harap sangat pasukan negara juga dapat diberi pendedahan sebegini dan tingkatkan mutu liga kita (masukkan kembali pemain-pemain import) kerna kebanyakan negara-negara yang bagus dalam sukan ini telah lalukan sedemikian. Bagi aku wajar untuk kita kembali untuk mengunakan khidmat pemain import (bagi pendedahan skill dan cara permainan pemain luar nie kepada barisan muda kita). So last sekali arap pasukan negara dapat meraih kemenangan tuk final esok sebab sotong kat bawah nie pun dah g kat bendera Malaysia..hohoho…Sekian…



P/s : Harapan agar Pasukan Malaysia mengekalkan konsistensi dan Tahniah kepada mereka dan kepada jurulatih Harimau Muda yang sangat bagus kerna dapat mengesan bakat muda untuk diketengahkan dan digilap dari awal…SYABASSS….

No comments:

Post a Comment