Assalamualaikum...
Hari ini aku rasa satu lagi hari
yang panjang (aku rasalah) sebab bangun tido pun dh masuk zohor, hadoiii..teruk
betullah, hahaha..(hari cuti mmg camnie pun selalu).
Hurm, hari nie aku nk cite pasal
wang..memandangkan aku memang bekerja di luar negara..aku terpikir kekadang
benda-benda yang boleh kita buat kenangan untuk sesuatu tempat yang kita pergi.
So aku rasa cara yang paling mudah untuk mengingati sesebuah Negara yang telah kita
pergi adalah dengan mata wang Negara tersebut. Sebab kita akan guna matawang
sesebuah Negara yang kita pergi untuk proses jualbeli kan..so dengan automatic yer
kita memerlukan matawang sesebuah Negara yang kita pergi tu. (Jadi nanti balek
Malaysia, siap-siap beli album gambar..letak wang-wang kertas nie).
Okay, aku bekerja kat Negara Sudan,
dan aku menetap kat ibunegara dier..Al-Khartoum..untuk makluman, pada 31 Ogos
2011 aritu dengan rasminya penggunaan matawang baru untuk Negara nie. Ini disebabkan,
penubuhan dan perpisahan negara ini kepada satu negara baru iaitu Sudan Selatan
(South Sudan). So untuk membezakan matawang dua negara ini Sudan pun kuarkanlah
wang kertas yang baru. (kat bawah ini aku sertakan utk sape2 yang nak tengok
la).
Untuk pengetahuan, matawang Negara
ini lebih mahal dari Ringgit Malaysia aka RM, aku pun tak tahu pasai apa..tapi
matawang nie taklaku kalau kita bawak ke negara-negara laen (kt Egypt je laku),
ini pun satu masalah utk orang-orang luar yang kene tukar kepada USD (Dollar)
sebelum meninggalkan negara nie. Dan satu masalah kat sini, Bank-bank atau
pengurup wang, tak nak bagi tukar..pelik bin ajaib aku..sebab kat board, foreign exchange (currency US
dollar) terpampang kat situ 1USD = 2.7SDG, alik-alik pegi tanye takleh pulak
tukar..sengal betullah..aku tanye orang-orang kt sini, yang dorang nie boikot
Amerika..entah lah, tak paham aku kata boikot..tapi aku tengok kereta-kereta yang
duk kat atas jalan raya sini, banyak yer dari Negara tu jugak…pening jap..
Tapi jangan risau kepada
sapa-sapa yang nak datang negara nie, sebab kat sini banyak Black Market, kita
hanya pegi je kat kedai-kedai yang ada kat sini, tanye dorang USD fi, kam
USD..kalau dorang cakap ada..so korang boleh la tukar..lagi untung tukar kat
kedai-kedai nie sebab dorang ambek lagi mahal dari harga semasa. So dah tentu2
aku mmg selalu je tukar kat kedai-kedai nie..hahaha..
Nie 50 SDG, nie mata wang paling besar kat sini.
|
Nie duet baru 10 SDG sebelum nie warna biru keunguan sikit. |
5 SDG nie pun sama, sebelum nie warna merah. |
hah, nie dier 2 SDG, dah tak lame duet nie..aku rasa pun duet nie tak lama lagi dah tak laku. |
1 SDG nie, dorang pakai yang lame same macam 2 SDG. |
50 piaster, 20 piaster ngan 10 piaster.. |
P/s : semua duet nie, tulis dalam arabic...adakah matawang Malaysia akan bertukar dalam arabic jugak..hurmm, tak kan kot..
No comments:
Post a Comment